BannerBannerBanner
Banner

Hubungi Kami

Mari Berhubung

Banner

Hubungi Kami

Pertanyaan Pengguna

Ada soalan atau menghadapi masalah dengan MyDigital ID? Hubungi pasukan khidmat sokongan kami untuk bantuan.

Hotline : +603 8687 2772
Helpdesk : info@myid.my

Pertanyaan Rakan Niaga

Berminat untuk mengintegrasikan perkhidmatan digital anda dengan MyDigital ID? Maklumkan kepada kami.

Cari kiosk di sekitar anda

Soalan Anda, Kami Jawab.

Umum
Keselamatan
Apa itu MyDigital ID?
Umum
Umum
MyDigital ID adalah inisiatif kerajaan bagi penyelesaian identiti digital yang selamat dan dipercayai. Pengesahan identiti merujuk terus ke pangkalan data kerajaan tanpa menyimpan sebarang data peribadi. Ia juga memudahkan akses ke pelbagai aplikasi dan portal dalam talian dengan hanya satu kata laluan dan satu ID digital.
Apakah yang dimaksudkan dengan log masuk menggunakan MyDigital ID?
Umum
Umum
Ini bermaksud anda boleh menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke pelbagai aplikasi dan portal dalam talian tanpa memerlukan nama pengguna dan kata laluan yang berbeza.
Adakah MyDigital ID akan menggantikan MyKad?
Umum
Umum
Tidak. MyDigital ID tidak menggantikan MyKad untuk urusan di kaunter fizikal. Ia hanya digunakan sebagai pengenalan diri untuk transaksi dalam talian.
Apa yang menjadikan MyDigital ID unik?
Umum
Umum
MyDigital ID adalah satu-satunya platform pengenalan diri dalam talian di Malaysia yang diperakui dan dijamin selamat. Dengan satu kata laluan dan satu ID digital, ia memudahkan akses ke pelbagai aplikasi dan portal dalam talian. Pengesahan identiti dilakukan sepenuhnya secara dalam talian dan merujuk terus ke pangkalan data kerajaan tanpa menyimpan sebarang data peribadi pengguna.
Bagaimana cara mendaftar MyDigital ID?
Umum
Umum
Dalam Talian Anda boleh log masuk ke mana-mana aplikasi yang mempunyai pilihan log masuk MyDigital ID dengan memasukkan kata laluan yang sah. Akses di portal: Untuk akses di portal yang mempunyai pilihan log masuk MyDigital ID, buka aplikasi MyDigital ID di peranti, klik “Imbas QR”, imbas kod QR yang tertera di portal dan masukkan kata laluan yang sah. Pelayar mudah alih (mobile browser): Klik kod QR pada halaman log masuk (yang akan membawa anda ke aplikasi MyDigital ID), masukkan kata laluan yang sah, dan kemudian anda akan dilog masuk secara automatik dan kembali ke laman portal. Kios Untuk pendaftaran secara fizikal, sila kunjungi kios MyDigital ID berhampiran anda. Pastikan bawa bersama MyKad/ MyTentera beserta peranti mudah alih yang mempunyai sambungan internet. Ikuti langkah-langkah yang dipaparkan di kios.
Bagaimana cara menggunakan MyDigital ID?
Umum
Umum
Anda boleh log masuk ke mana-mana aplikasi yang mempunyai pilihan log masuk MyDigital ID dengan memasukkan kata laluan yang sah. Akses di portal: Untuk akses di portal yang mempunyai pilihan log masuk MyDigital ID, buka aplikasi MyDigital ID di peranti, klik “Imbas QR”, imbas kod QR yang tertera di portal dan masukkan kata laluan yang sah. Pelayar mudah alih (mobile browser): Klik kod QR pada halaman log masuk (yang akan membawa anda ke aplikasi MyDigital ID), masukkan kata laluan yang sah, dan kemudian anda akan dilog masuk secara automatik dan kembali ke laman portal.
Apakah maksud log masuk tunggal (Single Sign-on) dalam konteks MyDigital ID?
Umum
Umum
Ini bermaksud anda boleh menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke pelbagai aplikasi dan portal dalam talian yang telah berintegrasi tanpa memerlukan nama pengguna dan kata laluan yang berbeza.
Adakah pengguna masih boleh mengakses perkhidmatan kerajaan dalam talian tanpa menggunakan MyDigital ID?
Umum
Umum
Buat masa ini kaedah log masuk lain masih boleh digunakan untuk mengakses perkhidmatan Kerajaan dalam talian. Walau bagaimanapun, penggunaan MyDigital ID adalah disarankan untuk menjamin keselamatan urusan dalam talian.
Apakah Pra-Pendaftaran MyDigital ID?
Umum
Umum
Pra-pendaftaran MyDigital ID ialah proses awal yang membantu memudahkan pendaftaran penuh dengan mengesahkan nama dan nombor kad pengenalan terlebih dahulu.
Apakah kelebihan pra-pendaftaran MyDigital ID?
Umum
Umum
Pra-pendaftaran membolehkan pengguna melengkapkan proses pendaftaran penuh dengan lebih cepat kerana pengesahan nama dan nombor kad pengenalan telah dilakukan lebih awal. Selain itu, ia turut membantu mengelakkan penyalahgunaan pendaftaran MyDigital ID oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menggunakan identiti pengguna sebenar. Proses yang dipermudahkan adalah seperti berikut: a. Pendaftaran dalam Talian Pengguna yang telah membuat pra-pendaftaran boleh menikmati proses pendaftaran dalam talian yang lebih mudah melalui aplikasi MyDigital ID. Maklumat peribadi utama (nama dan nombor kad pengenalan) telah pun disahkan semasa pra-pendaftaran, membolehkan pengguna terus ke langkah pengesahan e-mel (melalui One Time Password atau OTP) dan pengecaman wajah. b. Pendaftaran di Kios Pengguna yang telah membuat pra-pendaftaran boleh meneruskan proses pendaftaran di kios MyDigital ID tanpa perlu mengulangi langkah pengesahan yang telah dilakukan sebelum ini.
Bagaimana cara untuk membuat pra-pendaftaran?
Umum
Umum
Dalam Talian: a. Layari laman web rasmi KWSP. b. Sila log masuk ke i-Akaun anda. c. Setelah berjaya log masuk, ahli boleh merujuk ke paparan MyDigital ID di halaman utama. d. Ahli perlu memberikan persetujuan untuk mendapatkan MyDigital ID dengan mengesahkan nama dan nombor kad pengenalan seperti yang tertera di paparan. e. Pra-pendaftaran telah berjaya. Pengguna boleh muat turun aplikasi MyDigital ID untuk meneruskan proses pendaftaran sehingga selesai. Secara Fizikal di Kaunter: a. Buat masa ini, pra-pendaftaran secara fizikal boleh dilakukan di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya. b. Setelah pra-pendaftaran dibuat, pengguna boleh muat turun aplikasi MyDigital ID untuk meneruskan proses pendaftaran sehingga selesai.
Apakah ciri terkini MyDigital ID yang memudahkan log masuk?
Umum
Umum
Bermula versi 2.6.0 di semua gedung aplikasi utama, MyDigital ID kini menyokong pengesahan identiti menggunakan biometrik peranti tempatan (local biometric authentication) seperti cap jari atau pengecaman wajah mengikut ketetapan peranti tanpa perlu memasukkan kata laluan setiap kali log masuk menggunakan MyDigital ID.
Apakah itu pengesahan biometrik peranti tempatan?
Umum
Umum
Ia adalah proses log masuk menggunakan ciri keselamatan biometrik yang tersedia pada peranti anda (contoh: cap jari atau pengecaman wajah) tanpa menghantar data tersebut ke pelayan luar. Ciri ini meningkatkan keselamatan dan privasi kerana data kekal pada peranti anda sahaja.
Bagaimana cara tetapan pengesahan biometrik peranti?
Umum
Umum
• Kemas kini aplikasi MyDigital ID kepada versi terbaharu melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery • Buka aplikasi MyDigital ID dan tekan ikon menu (☰) • Pilih ‘Tetapan Biometrik • Masukkan kata laluan MyDigital ID anda dan tekan Aktifkan Biometrik • Selesai! Anda kini boleh menggunakan pengesahan biometrik untuk log masuk menggunakan MyDigital ID
Adakah teknologi MyDigital ID menggunakan sebarang cip atau implan ke atas pengguna?
Umum
Umum
Tidak. MyDigital ID tidak perlu dan tidak akan menggunakan sebarang cip atau implan ke atas pengguna. Sistem ini memperoleh rujukan dan maklumat secara terus daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Adakah MyDigital ID menyimpan data biometrik seperti cap jari, maklumat iris mata, atau pengecaman wajah?
Umum
Umum
Tidak, MyDigital ID tidak menyimpan sebarang data biometrik pengguna.
Adakah MyDigital ID mengumpul data peribadi atau memantau pengguna secara dalam talian?
Umum
Umum
Tidak, MyDigital ID tidak mengumpul data peribadi atau memantau aktiviti pengguna dalam talian.
Bolehkah pengguna mempunyai lebih daripada satu identiti digital?
Umum
Umum
Tidak. MyDigital ID hanya membenarkan satu identiti digital bagi setiap pengguna dalam satu peranti sahaja.
Adakah pengguna perlu membayar yuran pendaftaran MyDigital ID?
Umum
Umum
Tidak, pendaftaran MyDigital ID adalah percuma untuk semua warganegara Malaysia.
Adakah MyDigital ID mempunyai tarikh luput atau tempoh sah?
Umum
Umum
Ya, Sijil MyDigital ID mempunyai tempoh sah selama 1 tahun dari tarikh pendaftaran. Setelah tamat tempoh, pengguna boleh memperbaharui sijil digital melalui aplikasi MyDigital ID.
Adakah penggunaan MyDigital ID terhad kepada telefon pintar sahaja?
Umum
Umum
Ya, MyDigital ID hanya boleh digunakan melalui telefon pintar. Pengguna perlu memuat turun aplikasi MyDigital ID untuk mendaftar dan menggunakannya.
Apa yang berlaku jika telefon pintar pengguna hilang atau rosak?
Umum
Umum
Sekiranya peranti mudah alih pengguna hilang atau rosak, pengguna hanya perlu membatalkan MyDigital ID di kios berdekatan, atau menggunakan fungsi ‘Batal Digital ID’ di menu aplikasi mana-mana peranti yang mempunyai aplikasi MyDigital ID. Kemudian, pengguna perlu mendaftar semula di telefon pintar yang baru. Aplikasi MyDigital ID tidak boleh diakses oleh orang lain tanpa kata laluan pengguna sebenar.
Apakah kemungkinan akaun pengguna digodam sekiranya menggunakan MyDigital ID sebagai akses log masuk?
Umum
Umum
Kaedah log masuk menggunakan MyDigital ID tidak memerlukan penghantaran sebarang kunci rahsia atau kata laluan pengguna kepada penyedia perkhidmatan. Sebaliknya, ia menggunakan imbasan kod QR melalui aplikasi MyDigital ID, menggunakan peranti mudah alih pengguna tersebut. Kaedah ini akan menghalang aktiviti pengumpulan kata laluan pengguna melalui laman web palsu. Walau bagaimanapun, keselamatan akaun pengguna dalam sebarang perkhidmatan dalam talian adalah bergantung kepada penyedia perkhidmatan tersebut.
Apa yang berlaku jika aplikasi MyDigital ID dinyahpasang atau dipadam?
Umum
Umum
Jika aplikasi MyDigital ID dinyahpasang atau dipadam, sijil digital akan menjadi tidak sah. Pengguna perlu membatalkan sijil digital terlebih dahulu sebelum mendaftar semula secara dalam talian melalui aplikasi MyDigital ID atau di kios berdekatan.
Bagaimana MyDigital ID memastikan keselamatan dan melindungi privasi pengguna?
Umum
Umum
MyDigital ID memastikan keselamatan dan privasi dengan: Satu Identiti: Satu ID untuk akses perkhidmatan digital kerajaan dan swasta. Ekosistem Dipercayai: Persekitaran selamat dan boleh dipercayai untuk interaksi digital. Platform Keselamatan Tinggi: Pengesahan identiti melalui kata laluan pengguna dan ciri unik peranti. Pengurusan Identiti Selamat: Permohonan tandatangan sijil dan penerimaan sijil oleh pihak berkuasa yang diperakui. Kompatibiliti Mudah Alih: Memanfaatkan ciri keselamatan Android dan iOS. Perlindungan Phishing: Mencegah serangan phishing dengan pengesahan yang kukuh. Privasi Minimum: Sijil digital tidak memerlukan akses masa nyata ke sistem pengurusan identiti berpusat. Pematuhan Standard Kebangsaan: Menggunakan MyKad untuk pengesahan dan mematuhi Akta Tandatangan 1997, Akta Perdagangan Elektronik 2006, dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Bolehkah pengguna membatalkan MyDigital ID mereka pada bila-bila masa?
Umum
Umum
Ya, pengguna boleh membatalkan MyDigital ID mereka secara dalam talian melalui aplikasi MyDigital ID atau di kios. Dokumen pengenalan diri diperlukan bagi proses e-KYC untuk pembatalan.
Apakah peluang akaun pengguna digodam apabila menggunakan MyDigital ID?
Keselamatan
Keselamatan
Risikonya sangat rendah. MyDigital ID menggunakan imbasan kod QR melalui aplikasi, jadi kata laluan atau kunci rahsia tidak dihantar kepada penyedia perkhidmatan. Kaedah ini mencegah serangan phishing melalui laman web palsu. Namun, keselamatan akaun juga bergantung pada penyedia perkhidmatan.
Apakah langkah yang diambil untuk mencegah penipuan atau penyalahgunaan MyDigital ID?
Keselamatan
Keselamatan
MyDigital ID direka untuk mencegah penipuan identiti dengan langkah berikut: Tiada Penyimpanan Data: Data pengguna tidak disimpan di pelayan kami. Penyulitan Data: Semua data dalam transit disulitkan untuk melindungi identiti anda. Pemprosesan Selamat: Data pengguna diproses sementara dan segera dipadamkan.
Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna sekiranya terlupa kata laluan MyDigital ID?
Keselamatan
Keselamatan
Tidak ada cara untuk mendapatkan semula kata laluan pengguna. Pengguna dibenarkan membuat beberapa percubaan untuk memasukkan kata laluan dengan betul. Sekiranya pengguna masih tidak dapat mengingati kata laluan, pengguna perlu melakukan pembatalan dan mendaftar semula MyDigital ID.
Siapakah pemaju sistem ini?
Umum
Umum
MyDigital ID dibangunkan oleh My Digital ID Sdn. Bhd., sebuah agensi kerajaan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.

Muat Turun & Daftar MyDigital ID