BannerBannerBanner
Banner

MyIDVerify

Nombor telefon anda, kini lebih selamat dengan MyDigital ID

Dalam dunia moden serba digital hari ini, telefon pintar merupakan medium komunikasi penting dalam kehidupan seharian kita. Justeru, keselamatan nombor telefon anda bukan lagi perkara yang boleh dipandang remeh. Mulai 1 Disember 2025, semua syarikat telekomunikasi di Malaysia akan mula mengintegrasikan MyDigital ID ke dalam aplikasi mudah alih mereka. Melalui teknologi MyIDverify kami, integrasi berskala nasional ini membolehkan pengguna menyemak nombor prabayar yang berdaftar dengan MyKad mereka, selain memastikan pendaftaran kad SIM baharu dilakukan dengan cara lebih selamat dan telus. Inisiatif ini dilaksanakan dengan sokongan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan diselaraskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sebagai langkah bersama untuk memperkukuh pertahanan siber negara dan memastikan setiap rakyat dapat menikmati perkhidmatan digital dengan lebih yakin dan terjamin. Untuk maklumat lanjut mengenai cara penggunaan MyDigital ID mengikut penyedia perkhidmatan telekomunasi masing-masing, sila layari laman web penyedia perkhidmatan anda.

MyIDVerify adalah fungsi baharu MyDigital ID di mana pengguna akan menggunakan MyDigital ID untuk membuat pengesahan wajah untuk pendaftaran kad sim baharu dan pengesahan nombor telefon bimbit yang telah berdaftar atau whitelisting.

Whitelisting adalah proses pengesahan nombor telefon pengguna bagi memastikan bahawa nombor yang didaftarkan atau yang telah berdaftar benar-benar dimiliki oleh pemiliknya. Proses ini dilakukan melalui teknologi MyIDVerify yang dibangunkan oleh MyDigital ID.

1. Pastikan pengguna telah mempunyai sijil MyDigital ID. 2. Pastikan sijil MyDigital ID masih aktif dan tidak tamat tempoh. 3. Pastikan pengguna telah mengaktifkan tetapan untuk menerima notifikasi dari Aplikasi MyDigital ID. 4. Pastikan wajah pada MyKad pengguna tidak berbeza dengan wajah semasa. Sekiranya terdapat perbezaan yang ketara antara wajah pada MyKad dan wajah semasa, pengguna dinasihatkan untuk membuat permohonan MyKad baharu terlebih dahulu sebelum meneruskan proses MyIDVerify.

1. Pengguna membuka aplikasi syarikat telekomunikasi (telco) (contoh: MyDigi). 2. Pengguna mendaftar kad SIM baharu atau menyemak nombor telefon dalam aplikasi tersebut. 3. Pengguna memilih untuk mengesahkan wajah menggunakan aplikasi MyDigital ID. 4. Pengguna akan menerima notifikasi daripada aplikasi MyDigital ID. 5. Pengguna menekan notifikasi itu untuk memulakan proses pengesahan. 6. Dalam aplikasi MyDigital ID, pengguna bersetuju untuk menggunakan MyIDVerify. 7. Pengguna merakam video swafoto untuk pengesahan wajah. Tip: • Pastikan berada di tempat yang terang. • Pegang telefon dengan stabil. • Pastikan wajah berada dalam bingkai. • Tanggalkan topi, cermin mata atau aksesori lain. 8. Pengguna akan dibawa semula ke aplikasi telco untuk melengkapkan proses.

Senarai aplikasi/sistem akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Muat Turun & Daftar MyDigital ID