BannerBannerBanner
Banner

DASAR PRIVASI / PRIVACY POLICY

DASAR PRIVASI APLIKASI

PRIVASI

Aplikasi Mudah Alih MyDigital ID (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang Aplikasi ini direka untuk meningkatkan pengalaman pengguna tanpa memerlukan rujukan perisian khusus dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Huawei App Gallery, dan Apple App Store.
MyDigital ID memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

1. Aplikasi ini mengumpul data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran capaian ke sistem aplikasi.
2. Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut :
• Nama;
• Nombor kad pengenalan;
• E-mel;
• Data biometrik seperti pengenalan wajah;
• Gambar dan/atau imej;
• Rakaman video;
• Log aktiviti
3. Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.
4. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil

TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Kami mungkin mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan/atau memproses maklumat peribadi anda untuk satu atau lebih daripada tujuan berikut:
• untuk menilai, menangani atau memenuhi pendaftaran anda, maklum balas atau aduan untuk Aplikasi kami;
• untuk menjawab pertanyaan dan aduan anda dan untuk menyelesaikan pertikaian secara amnya;
• untuk mengemas kini, menyatukan dan meningkatkan ketepatan rekod kami;
• untuk menghasilkan data, laporan dan statistik yang telah diagregatkan dengan cara yang tidak mengenal pasti anda sebagai individu;
• untuk menghasilkan statistik dan penyelidikan untuk laporan dalaman dan undang-undang dan/atau keperluan penyimpanan rekod;
• untuk memenuhi keperluan pendedahan mana-mana undang-undang yang mengikat My Digital ID Sdn Bhd.

PERSETUJUAN

Aplikasi ini memerlukan data peribadi anda untuk dikumpul. Sekiranya anda memilih untuk tidak menyediakan data ini, penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas, atau permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan.

KERAHSIAAN

Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

KESELAMATAN DATA

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

PENGEKALAN DATA PERIBADI

Kami menyimpan Data Peribadi anda hanya untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan dalam Dasar ini kecuali jika tempoh penyimpanan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang. Setelah Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk Tujuan di atas, atau kami tidak lagi mempunyai tujuan sah untuk menyimpan Data Peribadi anda, kami akan mengambil langkah untuk memadam, memusnahkan atau mencegah akses atau penggunaan Data Peribadi tersebut untuk sebarang tujuan selain daripada pematuhan terhadap Dasar ini, atau untuk tujuan keselamatan, keamanan, pencegahan dan pengesanan penipuan, selaras dengan keperluan undang-undang yang berkenaan tersebut.

PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI

Dasar privasi ini mungkin dipinda dari dari semasa ke semasa. Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini.

APPLICATION PRIVACY POLICY

PRIVACY

The MyDigital ID app (hereinafter referred to as the "Application"), is an application developed to enhance user experience without the need for specific software to users using smartphones. The app can be downloaded on the Google Play Store, Huawei App Gallery and Apple App Store. MyDigital ID ensures that the personal information collected is in line with the provisions of the Personal Data Protection Act 2010 (Act 709).

INFORMATION COLLECTED

1. This application collects data submitted upon user consent and done voluntarily through the application registration process for access to the application system.
2. The personal data collected is as follows;
• Name;
• Identification number;
• Email address;
• Biometric data e.g. face recognition;
• Photographs or audio or video recordings that you share with us;
• Activity logs.
3. Personal data collected will not be used for any purposes other than those mentioned above.
4. Personal data collected will not be disclosed to any third party or transferred to a place outside Malaysia for commercial purposes.

PURPOSE OF DATA COLLECTION

We may collect, use, disclose and/or process your personal data for one or more of the following purposes:
• to assess, address or fulfil your registration, feedback or complaints for our Application;
• to respond to your enquiries and complaints and to generally resolve disputes;
• to update, consolidate and improve the accuracy of our records;
• to produce data, reports and statistics which have been aggregated in a manner that does not identify you as an individual;
• to produce statistics for internal and statutory reporting and/or record-keeping requirements;
• to meet the disclosure requirements of any law binding on MyDigital ID.

RETENTION OF PERSONAL DATA

We retain your Personal Data only for the period necessary to fulfil the Purposes outlined in this Policy unless a longer retention period is required or allowed by law.
Once your Personal Data is no longer necessary for the Purposes, or we no longer have a legal purpose for retaining your Personal Data, we shall take steps to erase, destroy or prevent access or use of such Personal Data for any purpose other than compliance with this Policy, or for purposes of safety, security, fraud prevention and detection, in accordance with the requirements of applicable laws.

CONSENT

This Application requires your personal data to be collected. If you choose not to provide this data, some functions of the Application may not work properly, or we may be unable to process your requests.

CONFIDENTIALITY

The personal data collected by the Application will be kept confidential in accordance with this Privacy Policy in accordance with any applicable laws that may be in force from time to time.

DATA SECURITY

The app implements security features that comply with global standards to protect the confidentiality and security of user information.

CHANGES TO PRIVACY POLICY

This Privacy Policy may be amended from time to time. Any amendments made to this Privacy Policy will be updated on this page.