Sahkan diri anda dengan Selamat,
Pantas dan Mudah!

MyDigital ID ialah satu inisiatif Kerajaan bagi pengesahan identiti yang selamat dan sah untuk pengguna dalam talian.
Sistem MyDigital ID telah dibangunkan oleh MIMOS sejak 2016 dan mempunyai 32 Paten.

PENGENALAN

Apakah MyDigital ID

MyDigital ID adalah wadah pengesahan pengenalan diri secara digital yang diwujudkan untuk keselamatan dan kecekapan urusan dalam talian.

  • Meningkatkan keselamatan, kecekapan, dan keselesaan perkhidmatan dalam talian dan transaksi digital
  • Memperkukuhkan keyakinan dalam landskap digital di Malaysia
  • Memperkasa Kerajaan digital pintar berteraskan data
  • Mendukung pertumbuhan ekonomi digital Malaysia ke arah menjadi negara maju berpendapatan tinggi
MUAT TURUN RISALAH
Kelebihan

8 Kelebihan Teknologi MyDigital ID

Selamat

MyDigital ID hanya mengenal pasti identiti pengguna dan tidak menyimpan sebarang data peribadi.

Mudah

Dengan MyDigital ID, tiada keperluan log masuk berbilang untuk pelbagai urusan dalam talian.

Pantas

Hanya beberapa saat diperlukan untuk mengesahkan identiti individu.

Pintar

MyDigital ID mengurangkan risiko penipuan dengan mengesahkan identiti tanpa melibatkan perkongsian dokumen.

Tepat

MyDigital ID memperoleh rujukan dan maklumat terkait daripada pangkalan data Kerajaan.

Utuh

MyDigital ID adalah sistem tersulit dilengkapi lapisan keselamatan yang teguh dan sukar digodam.

Unik

Seorang individu, satu identiti digital untuk mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian.

Dipercayai

MyDigital ID adalah inisiatif yang dilaksana, disokong dan diiktiraf Kerajaan

LOKASI KIOS

Premis Terpilih




No Lokasi Alamat
PENDAFTARAN

Pendaftaran MyDigital ID mengambil masa tidak sampai 5 minit di kios , diikuti 3 minit di telefon pintar!


LANGKAH 1

PENGESAHAN DI KIOS


1. Persediaan

Muat turun dan pasangkan aplikasi MyDigital ID di telefon pintar,
Sediakan MyKad

2. Imbasan Jari

Masukkan MyKad, letakkan ibu jari di pengimbas dan jangan alihkan sehingga selesai imbasan

3. Sahkan Maklumat

Pastikan segala maklumat
anda adalah tepat

4. Pengesahan Berjaya

Keluarkan
MyKad anda
LANGKAH 2

PENDAFTARAN
DI TELEFON PINTAR

1. Imbas QR di Kios

Buka aplikasi MyDigital ID
& imbas kod QR yang terpapar di Kios

2. Pendaftaran

Teruskan pendaftaran
di telefon pintar

3. Kata Laluan

Masukkan kata laluan (8 aksara), Seterusnya jawab 'Ya' untuk menyimpan identiti digital

4. Selesai!

Identiti digital anda telah disimpan ke dalam aplikasi MyDigital ID.

Tahniah!


Anda kini mempunyai identiti digital
yang sah dan dipercayai!

PENANDA ARAS

Antara Negara yang telah Melaksanakan identiti digital

Australia

Australia melaksanakan sistem identiti digital yang bakal beroperasi antara sektor kerajaan dan swasta pada 2024, bertujuan mengurangkan keperluan untuk berkongsi data peribadi dengan pelbagai organisasi, dengan matlamat akhir untuk melindungi dan menjamin keselamatan dalam talian rakyat negara itu.

Estonia

Estonia telah melaksanakan program identiti digital sejak lebih 20 tahun lalu. Pada 2014, Estonia melancarkan program identiti digital yang dikenali sebagai e-Residency, yang antara lainnya menawarkan akses kepada persekitaran perniagaan Kesatuan Eropah termasuk penggunaan perkhidmatan awam dalam talian Estonia.

Korea Selatan

Korea Selatan menggunakan sistem identiti digital dan tandatangan elektronik yang dipanggil i-PIN yang didaftar dalam telefon pintar untuk memudahkan pembayaran tanpa tunai dan mendapatkan perkhidmatan dalam talian. Sistem i-PIN mengguna pakai teknologi blockchain yang memastikan keselamatan dan privasi data.

India

India menubuhkan UIDAI (Lembaga Pengenalan Unik India) untuk mengeluarkan identiti digital kepada setiap penduduk, bertujuan menghapuskan identiti palsu. Sistem identiti digital India dipanggil Aadhaar, iaitu nombor 12 digit berdasarkan data biometrik dan demografi yang unik dan sukar untuk dipalsukan.

Kanada

Di peringkat provinsi dan persekutuan, Kanada telah pun menggunakan identiti digital untuk memudahkan rakyat dan penduduk memohon atau mendapatkan perkhidmatan dan manfaat seperti bantuan kewangan. Kerajaan Kanada kini sedang dalam peringkat perancangan bagi pewujudan sebuah ekosistem kelayakan digital.

Maghribi

Diasaskan daripada sistem kad pengenalan nasional, platform identiti digital Maghribi membuat pengesahan identiti melalui beberapa faktor seperti PIN, pengecaman muka dan cap jari. Platform digital digunakan terutamanya untuk memudahkan penyampaian manfaat sosial dan perkhidmatan awam dan swasta secara dalam talian.

Singapura

Identiti digital nasional Singapura, yang dipanggil Singpass, menghubungkan penduduk kepada lebih 800 agensi Kerajaan dan perkhidmatan sektor swasta. Ia juga bertindak sebagai pintu masuk bagi perniagaan antarabangsa untuk berurus niaga dengan perniagaan Singapura, membolehkan dan memangkin urus niaga rentas sempadan.

Sweden

Individu yang mempunyai nombor pengenalan nasional Sweden boleh mendapatkan identiti dan tandatangan elektronik yang selamat dan mudah yang dipanggil BankID melalui bank mereka. Penyedia BankID juga mengeluarkan kad identiti digital yang mengandungi maklumat peribadi seperti dalam kad pengenalan.
MUAT TURUN

Muat Turun Aplikasi MyDigital ID Sekarang!

BERITA

Temui Kami di Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

Di Pekarangan Bukit Jalil dari 8 - 12 Dis 2023

BERITA & ARTIKEL
Paten
PATEN

Paten MyDigital ID

Sistem MyDigital ID telah dibangunkan oleh MIMOS sejak 2016 dan sebanyak 32 paten telah didaftarkan dibawah projek Mydigital ID merangkumi pelbagai domain teknikal termasuk inovasi terkini seperti pengesahan, kawalan capaian, penandatanganan transaksi yang selamat, Kawalan kunci dan pengesahan fizikal kripto.

SENARAI PATEN

Anda Ada kemusykilan tentang MyDigital ID?

Jawapannya mungkin ada di sini.
Jika anda tidak menemuinya,
hubungi kami melalui emel:

info@digital-id.my

Soalan-soalan Lazim

MyDigital ID adalah sistem pengenalan diri yang sah dan selamat untuk kegunaan dalam talian.

Tidak. MyDigital ID tidak menggantikan MyKad atau mana-mana dokumen pengenalan diri lain. MyDigital ID ialah pengenalan diri untuk transaksi dalam talian.

Tidak. MyDigital ID tidak menyimpan sebarang data biometrik pengguna.

Tidak. MyDigital ID tidak mengumpul data peribadi dan tidak memantau sebarang data atau aktiviti pengguna dalam talian.

Tidak boleh. MyDigital ID tidak membolehkan pengguna memiliki atau mendaftar lebih daripada 1 (satu) identiti digital.

Sudah tentu tidak! MyDigital ID tidak perlu dan tidak akan menggunakan sebarang cip atau implan ke atas pengguna. Sistem ini memperoleh rujukan dan maklumat daripada pangkalan data MyKad dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Tidak perlu. Pendaftaran MyDigital ID adalah percuma kepada semua rakyat malaysia.

Ya, Sijil Kuasa MyDigital ID adalah sah digunakan selama 1 (satu) tahun selepas tarikh pendaftaran. Ini adalah salah satu ciri keselamatan MyDigital ID. Selepas tarikh luput, pengguna perlu memperbaharui pendaftaran.

MyDigital ID boleh digunakan sebagai kaedah log masuk untuk perkhidmatan dalam talian. Kaedah log masuk tunggal bererti penggunaan log masuk yang boleh digunakan untuk semua perkhidmatan dalam talian tanpa memerlukan nama pengguna dan kata laluan selain MyDigital ID.

Ya. MyDigital ID hanya boleh digunakan melalui telefon pintar. Pengguna perlu memuat turun aplikasi MyDigital ID di telefon pintar masing-masing untuk mendapatkan dan menggunakan MyDigital ID.

Buat masa ini kaedah log masuk lain masih boleh digunakan untuk mengakses perkhidmatan Kerajaan dalam talian. Walau bagaimanapun, penggunaan MyDigital ID adalah disarankan untuk menjamin keselamatan transaksi dalam talian.

Buat masa ini, kios-kios ditempatkan di premis-premis kerajaan terpilih di Lembah Klang.
Antaranya ialah:

• Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya
• Lobi, Blok CS, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, Putrajaya (kios ini telah diletakkan sementara di Lobi Wisma Pertahanan, KL sehingga 27 Februari 2024)
• Lobi, Blok Setia Perkasa 1, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya
• Lobi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya
• Lobi, MAMPU, Cyberjaya (kios ini telah diletakkan sementara di Lobi PDRM, Bukit Aman, KL sehingga 8 Mac 2024)
• Lobi, MIMOS Berhad, Bukit Jalil

Walau bagaimanapun, terdapat perancangan bagi menambah kios-kios di lokasi strategik yang akan dimaklumkan kelak.

Sekiranya telefon pintar pengguna hilang atau rosak, pengguna hanya perlu membatalkan MyDigital ID di kios atau peranti, dan perlu mendaftar semula. Aplikasi MyDigital ID tidak boleh digunakan oleh orang lain tanpa kata laluan pengguna sebenar.

Sekiranya aplikasi MyDigital ID telah dinyahpasang atau dipadamkan dari telefon pintar, Sijil Digital akan menjadi tidak sah. Pengguna perlu membatalkan MyDigital ID di kios, dan perlu mendaftar semula.

Kaedah log masuk menggunakan MyDigital ID tidak memerlukan penghantaran sebarang kunci rahsia atau kata laluan pengguna kepada penyedia perkhidmatan, sebaliknya menggunakan imbasan kod QR melalui aplikasi MyDigital ID, menggunakan telefon pintar pengguna tersebut. Dengan kaedah sebegini, aktiviti mengumpul kata laluan pengguna melalui laman web palsu tidak lagi berkesan. Walau bagaimanapun, keselamatan akaun pengguna dalam sebarang perkhidmatan dalam talian adalah bergantung kepada penyedia perkhidmatan tersebut.

Ya. Pengguna boleh membatalkan MyDigital ID di mana-mana kios. Dokumen pengenalan diri perlu untuk proses pembatalan.

MyDigital ID adalah salah satu inisiatif Kerajaan. Buat masa ini rakyat tidak diwajibkan mendaftar. Walau bagaimanapun, rakyat disarankan untuk mendaftar dan menggunakan MyDigital ID untuk menjamin keselamatan dari ancaman siber, dan juga memudahkan akses ke aplikasi-aplikasi yang digunakan.

Tidak. MyDigital ID adalah sistem pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu mengakses dan melaksanakan urusan transaksi dalam talian, manakala PADU adalah pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap yang menetap di Malaysia.

MyDigital ID dibangun dan diselenggara oleh MIMOS, dengan penggunaan bakat tempatan sepenuhnya. MIMOS adalah sebuah agensi strategik Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Sistem MyDigital ID mematuhi piawaian ESG (Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus Korporat). Untuk maklumat lanjut mengenai MIMOS, sila layari www.mimos.my

HUBUNGI KAMI

Inginkan Maklumat Lanjut?
Hubungi Talian Hotline Kami

+603 8687 2772